Hidupkan Tradisi Alumni
Navigation
Members Online
· Guests Online: 3
· Members Online: 0
· Total Members: 138
· Newest Member: GRAYVeronica

Last Seen Users:
herbertd 5 days
manafghani 6 days
aarmirul 2 weeks
ikramtelj... 3 weeks
bettyraison 3 weeks
suhaila_s 3 weeks
zojagolov... 3 weeks
jackster 6 weeks
ocean11_fc 6 weeks
almukhlis 13 weeks

Bantu Promosi
Salin Kod Ini
Bloglist SHAMSians
Min Aina Ila Aina
  
View Thread
 Print Thread
Kecintaan Terhadap Rasulullah
FaqiRilaLlah
#1 Print Post
Posted on 04-07-2009 12:22
Newbie


Posts: 3
Joined: 04.07.09

KECINTAAN DAN KERINDUAN RASULULLAH TERHADAP UMATNYA

Suatu malam,ketika Saidatina Ai'syah r.ha terjaga dari tidur,didapatinya Rasulullah tiada ditempat tidur baginda.Kerana risau,dia keluar mencari dirumah Siti Fatimah r.ha.Ternyata Rasulullah tidak berada disana,lalu mereka bersama Saidina A'li k.w.j,Hassan dan Hussin r.huma keluar mencari Rasulullah disekitar kota Madinah.Puas mereka mencari tetapi tidak juga mereka temui,lalu mereka pergi ke Baqi'( tempat perkuburan ),dan disitu mereka terlihat suatu cahaya yang terpancar dari tanah kuburan tersebut.Mengetahuilah akan mereka bahawa cahaya itu adalah datangnya dari Rasulullah.
Ketika menghampiri Rasulullah,ternyata Baginda sedang sujud ditanah perkuburan tersebut dlm keadaan menangis.Dan dlm sujudnya Rasulullah s.a.w itu,Baginda bermunajat kpd Allah Taa'la :"in tu a'zzibhum ( kalau sekiranya Kamu menyeksa akan mereka )fainnahum i'baaduka ( maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambamu )wa intaghfirlahum ( dan sekiranya Kamu mengampunkan akan mereka ) fainnaka antal a'ziizul hakiim ( maka sesungguhnya Kamu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ")
Inilah suatu rintihan hati seorang manusia Agung yang sentiasa menginginkan keselamatan bagi umatnya.Ternyata Rasulullah sujud dalam keadaan menangis kerana mengenangkan umatnya yang sedang berhadapan dengan pertanyaan dan penyeksaan dari malaikat Munkar dan Nakir.
Besarnya kecintaan Rasulullah kpd umatnya.Dan kata Rasulullah kpd Siti Ai'syah r.ha :" bantulah aku dgn bersujud ( fasjuduu )dan berdoa ( waddhu a')dan merendahkan diri ( watadh u'dharr ).Lalu sujudlah sekalian dari keluarga Rasulullah itu sehingga fajar terbit.
Diceritakan ketika Rasulullah sedang nazak.Lalu datanglah Malaikat Maut untuk mencabut roh Baginda.Setelah meminta izin dan dibenarkan masuk menemui Rasulullah.Lalu Baginda bertanya kpd Malaikat Maut:" Dimanakah kamu tinggalkan Malaikat Jibril?".Malikat Maut menjawab :" Aku tinggalkan Jibril di langgit dunia ".
Lantas,Rasulullah meminta Malaikat Maut memanggil Malaikat Jibril utk bertemu dgn Baginda s.a.w.Ketika Malaikat Jibril berhadapan dgn Rasulullah,lalu Raulullah berkata :" Terangkan bagaimanakah haq akau dihadapan Allah Taa'la".Jawab Jibril:Seluruh pintu syurga dan pintu langgit telah dibuka dan malaikat berbaris menunggu untuk mengiringi rohmu yaa Rasulullah".Ternyata Rasulullah tidak menunjukkan riak wajah yang gembira.Lalu Rasulullah berkata lagi:" Terangkan bagaimanakah haq umatku dihadapan Allah kelak".Jawab Jibril:"( Firman Allah Taa'la kpd Malaikat Jibril a.s ) Syurga telah diharamkan dari dimasuki lain2 umat melainkan sekalian umatmu telah memasukinya".Mendengar yg demikian itu membuatkan Nabi tersenyum dalam keadaan kesakitan disaat-saat akhir hayat Baginda s.a.w.
Begitu hebatnya kecintaan Rasullah kpd umatnya yang tidak mampu digambarkan dlm kotak pemikiran saya,melainkan titisan air mata tanda merindui dan mengasihi Baginda s.a.w.Titisan air mata ini hasil dari istiqamah dlm berselawat dan mengikuti sunnah rasulullah sekadar termampu telah menggoncangkan hati anak2 muridku sehingga mereka turut menitiskan air mata.Betapa ketika itu hadirnya perasaan rindu yg mendalam kerna suatu ketika Rasullah pernah menitiskan air mata dihadapan para Sahabat.
Lalu seorang sahabat bertanya:" Kenapa kamu menangis yaa Rasulullah?".Jawab rasulullah :" Aku menangis kerana merindui saudara-saudaraku." Sahabat bertanya lagi:"Bukankah kami ini saudaramu yaa Rasulullah?".Jawab rasullah:"Bukan,kamu adalah sahabatku,saudara-saudaraku adalah mereka yg beriman kepadaku dan menuruti sunnahku dlm keadaan mereka tidak melihat( bertemu )dgnku".
Allahumma shalli a'laa Muhammad....Yaa Allah...izinkan kami bertemu dgn Rasulullah dlm mimpi kami....
Ketika Rasulullah dlm keadaan menghadapi sakaratul maut yang diumpamakan kesakitan seperti seribu tikaman pedang...Rasulullah memohon kpd Allah Taa'la agar semua kesakitan yg ditimpakan keatas umatnya ditimpa keatas diri Baginda.Ketika roh Baginda diakhir-akhir pemisahan dari jasad, Baginda menyebut :" ummatii..umatii..umaatii"( umatku sebanyak tiga kali ).
Bangunlah wahai kamu sekalian yang mengaku umat Nabi Muhammad!!!.Tanyalah diri kamu,sejauh mana kamu mengenali Rasulullah yg kamu agung-agungkan?Sejauh mana kamu mengingati dan merindui Baginda s.a.w? Sejauh mana kamu menyusuri perjalanan hidup Rasulullah s.a.w?
Jangan tunggu kamu ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir soalan:" Maa nabiiyuka?"
( Siapakah nabi kamu?" ).Dialam dunia,semua orang boleh menjawab.Ketahui wahai saudara-saudaraku...jawapan terhadap pertanyaan tersebut adalah mengikut amalan hidup kita diatas muka dunia.Kalau diatas muka dunia kita tidak kenal akan Rasulullah,tidak mengikut memuliakan Rasulullah,tidak mengikuti tuntunan perjalanan hidup Rasulullah dlm erti kata jauuuuhhh...dari tuntunan agama yg dibawa oleh Rasulullah,jangan harap kita mampu menjawab;" Muhammad s.a.w ".

SELAWAT DAN MENGAMALKAN SUNNAH TANDA KECINTAAN KEPADA RASULULLAH
Edited by FaqiRilaLlah on 04-07-2009 12:23
 
Jump to Forum: