Hidupkan Tradisi Alumni
Navigation
Members Online
· Guests Online: 4
· Members Online: 0
· Total Members: 138
· Newest Member: GRAYVeronica

Last Seen Users:
herbertd 4 days
manafghani 6 days
aarmirul 2 weeks
ikramtelj... 3 weeks
bettyraison 3 weeks
suhaila_s 3 weeks
zojagolov... 3 weeks
jackster 6 weeks
ocean11_fc 6 weeks
almukhlis 13 weeks

Bantu Promosi
Salin Kod Ini
Bloglist SHAMSians
Min Aina Ila Aina
  
Isu Kartika : Hukum Islam Mesti Ditegakkan
Tanggal 20 Julai lepas, Malaysia digemparkan dengan suatu isu yang besar iaitu apabila seorang bekas model dijatuhi hukuman denda RM5000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2208. Kartika disabitkan kesalahan meminum arak berdasarkan enakmen;

“Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang mmebawa hukuman denda maksimum RM5000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan”

Pada 18 Ogos lepas, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuatkuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Di dalam penghakiman ini juga, Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini dan ini memeranjatkan semua pihak apabila Hakim menjatuhkan hukuman sebatan terhadap Kartika dan inilah yang menjadi isu besar yang menjurus kepada pertikaian pelbagai pihak termasuklah orang-orang yang tidak faham tentang agama juga berganding bahu menyatakan ketidakpuashatian berkenaan sebatan ini.

Tetapi, timbul lagi suatu masalah apabila hukuman sebatan ini ditangguhkan dengan pelbagai alasan dan masalah yang dicipta dan direka oleh manusia yang menyebabkan isu ini menjadi lebih rumit. Penangguhan penghukuman sebat ini dengan beralasankan bagi menghormati Bulan Ramadhan dan ini ditegaskan oleh ;

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memutus untuk menangguhkan sementara hukuman sebat itu atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

APA ITU HUDUD??

Di sini, marilah kita melihat apa itu sebenarnya Hukum Hudud yang melibatkan kesalahan meminum arak beserta dengan dalilnya dan kenapa perlu dijalankan hukuman hudud ini terhadap pesalah hudud. Ingin saya tekankan di sini bahawa, tidak ada suatu pun yang dicipta oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini akan menzalimi manusia iaitu hambaNya dan awaslah bagi mereka yang mengatakan hukum Allah ini zalim, tidak adil, menzalimi wanita dan sebagainya.

Pengertian Hudud iaitu suatu seksaan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w..Ketetapan yang hakiki ini adalah menjadi suatu kewajipan untuk dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah S.W.T..Ulama’-Ulama’ dahulu kala dan sekarang masih mengupas tentang kewajipan Perlaksanaan Hukuman Hudud yang sering kali dipandang remeh oleh segelintir Pemimpin Islam dan menggunakan hukum selain daripada Hukum Allah S.W.T..

Dalam perihal ini,Al-Syeikh Mahmud Syaltut ( Bekas Canselor Universiti Al-Azhar ) dalam konteks mengulas persoalan perlaksanaan Hukum Allah S.W.T beliau menegaskan :

“Hukum-hukum Qat’ii yang tersebut di dalam Al-Quran (seperti Hukuman Hudud ) wajib dilaksanakan sepenuhnya.Orang-orang Islam (khadi-khadi) yang menghukum dengan hukuman-hukuman lain dari itu akan menjadi murtad sekiranya mereka berkeyakinan hukum itu adalah lebih baik dan lebih sesuai dari Hukum Allah S.W.T.”

Selain itu, Abdul Khaliq al-Nawawi menegaskan :

“Siksaan Hudud telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ..Ianya Wajib dilaksanakan sepenuhnya.Oleh itu,tidak boleh sama sekali bagi seorang khadi mengurang atau menambah hukuman itu walau dalam keadaan apa sekalipun.Begitu juga tidak boleh sama sekali seorang Khadi menggantungkan hukuman tersebut atau menukar gantikannya dengan hukuman-hukuman lain.Pihak pemerintah juga tidak memiliki sebarang hak untuk mengampun orang-orang yang telah sabit melakukan kesalahan hudud ini.”

Dengan penjelasan-penjelasan dan juga pandangan yang telah diutarakan oleh Ulama’-Ulama’ tersebut jelaslah bahawa semua orang Islam telah diamanahan oleh Allah S.W.T untuk melaksanakan hukum-hukumNya.Menjadi kewajipan ke atas setiap Umat Islam untuk berusaha sehinggan hukum-hukum Allah S.W.T terlaksana dengan sebaik mungkin.Setiap Umat Islam yang mengakui bahawa mentaati segala perintah Allah S.W.T dan mengabdikan diri kepadaNya lebih-lebih lagi para pemerintah yang dikurniakan segala kerajaan di atas muka bumi maka mereka bertanggungjawab secara dasarnya bagi merealisasikan Hukuman Hudud dan lain-lain di dalam masyarakat.Selagi hukum-hukum itu tidak menjadi kenyataan maka selagi itulah dosa kecuaian tersebut ditanggung oleh Umat Islam,masing-masing dengan habuan mereka mengikut keadaan dan kedudukannya di dalam masyarakat dan Negara.

Sudah pastinya setiap yang bernyawa akan mati dan kembali kepada penciptanya yakni Allah S.W.T di akhirat kelak dan di sana nantilah akan ditanya setiap amal kebaikan dan kebajikan dan juga segala kejahatan yang tidak mentaati segala perintah Allah S.W.T yang terkandung dalam Al-Quran mahupun Sunnah Nabi seperti solat,puasa,zakat,haji bagi yang mampu,perlaksanaan hukuman Allah S.W.T. adalah sebahagiannya.


MENGAPA HUKUM HUDUD PERLU DILAKSANAKAN??

Keyakinan dan ketaatan Umat Islam sudah semestinya bulat kepada hukum-hukum agamanya yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam kitab yang mulia yakni al-Quran al-Karim dan diwajibkan keatas pesuruhnya yakni Nabi akhir zaman,Nabi Muhammad s.a.w sebagai hukuman-hukuman yang paling baik dan paling sesuai dari semua hukuman-hukuman yang wujud di atas muka bumi ini.

Kedapatan banyak hukuman-hukuman yang dicipta dan direka oleh manusia sedangkan manusia itu adalah makhluk yang lemah dari segala segi antaranya mempunyai ilmu yang terbatas,mempunyai hawa nafsu dan akan mempengaruhi ke atas sesuatu hukuman yang akan dibentuk dan seumpama dengannya.Ini memungkinkan hukuman-hukuman yang direka dan dicipta oleh makhluk yang bergelar manusia ini tidak adil dan keadilan tidak akan tercapai.Selain itu,hukuman-hukuman yang dicipta oleh manusia tidak diredhai oleh Allah S.W.T..

Apabila diperkatakan bahawa Hukum-hukum Islam itu adalah yang terbaik atau paling baik dan paling sesuai untuk semua zaman baik dari zaman Nabi s.a.w. hinggalah berlakunya malapetaka terbesar iaitu kiamat.Maka sudah semestinya sesiapa sahaja yang berupaya menjalankan Hukuman Allah S.W.T di atas muka bumi ini lebih-lebih lagi pemerintah maka sedaya mungkin dengan apa cara sekalipun mestilah berjuang untuk menegakkan hukum Allah S.W.T ini dalam masyarakat demi kemashlahatan dan kebaikan masyarakat seluruhnya.

Segala hukuman yang bertentangan dengan Hukum Allah S.W.T adalah mungkar dan berpaling dengan ajaran yang sebenarnya.Perkara yang mungkar sudah semestinya diubah dan ditentang sama ada dengan tangan,lidah ataupun dengan hati iaitu tanda tidak menyukai bentuk kemungkaran tersebut.Di samping kita menjunjung perintah Allah S.W.T dalam melaksanakan hukum-hukumNya,Hukuman Hudud adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang harmonis,bermoral tinggi,bersih dari segala ancaman ketakutan.Aman damai di bawah keampunan Allah S.W.T yang Pengasih lagi Penyayang.Terdapat banyak kehebatan dan hikmat di sebalik perlaksanaan Hukuman Hudud ini seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Al-Imam al-Sayuti pernah menjelaskan ;

"Hukuman Hudud itu adalah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk menunjukkan manusia dari melakukan apa yang ditegah dan mentaati apa yang diperintah”

Al-Imam al-Nawawi juga telah menegaskan ;

“Hudud disyariatkan oleh Allah S.W.T sebagai contoh dan iktibar,supaya sesiapa yang menerima hukuman itu atau melihatnya akan menjauhi jenayah itu sejauhnya.”

Ibnu al-Qayyim pula menyatakan ;

“Hukum-Hukum Allah S.W.T diturunkan untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.Ia adalah secocok dengan fitrah manusia,rahmat semuanya,muslihat semuanya.Undang-Undang Islam adalah keadilan Allah S.W.T untuk hambaNya.Rahmat Allah S.W.T untuk makhluknya.”

Daripada contoh-contoh,pendapat para ulama’ dan disertakan dengan dalil-dalil Al-Quran,jelas menunjukkan bahawa Hukuman Hudud seperti yang telah kita maklum antaranya Hukuman mencuri,berzina adalah bertujuan untuk menjadi contoh teladan yang paling baik dan sempurna bagi mengatasi kesalahan-kesalahan dan segala perbuatan jenayah di muka bumi ini.Sesungguhnya setiap jenayah yang dilakukan baik diketahui ataupun tersembunyi adalah suatu kesalahan yang perlu dikenakan hukuman bagi mereka yang melakukan.

Manusia amnya akan menyaksikan sendiri siksaan Allah S.W.T di atas dunia lagi ke atas orang-orang yang melakukan kesalahan-kesalahan Hudud.Dengan hukuman-hukuman secara terbuka itu akan menjadi teladan,perasaan takut untuk melakukan jenayah kepada semua manusia termasuklah yang melakukan kesalahan itu untuk tidak mengulangi kesalahan terbabit.Betapa pahit dan dahsyatnya Hukuman Allah S.W.T ini supaya mereka merasa perit dan kecut hati untuk mendekati perbuatan-perbuatan keji itu berulang kali.Dengan demikian,percaya dan yakinlah tidak akan ada lagi perebakan gejala jenayah yang dahsyat di atas muka bumi dan akan terus berkurang dan akhirnya dapat dibasmi dengan sebaik mungkin.Negara akan menjadi maju dan masyarakat akan hidup aman damai tanpa perasaan takut dan bimbang akan jenayah-jenayah di sekeliling mereka.Inilah suatu rahmat oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang mengikut arahan dan perintah-Nya.

Manusia tidak perlulah bimbang untuk memikirkan cara,bentuk ataupun idea untuk mengubal peraturan-peraturan yang berbentuk baru untuk membasmi masalah jenayah tetapi perlulah kembali kepada Hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.,Yang Maha Benar lagi Maha Bijaksana,Dialah yang menjadikan alam ini,memerintah segala makhluk di bumi dan segala petala langit,nescaya sesuatu yang telah menjadi ketetapan oleh Allah S.W.T adalah suatu kesempurnaan yang terbaik bagi kehidupan umatNya termasuklah dalam Hukuman Hudud.Manusia tidak perlulah curiga,was-was dan bimbang dengan Hukuman Allah S.W.T kerana ianya adalah dari Allah S.W.T bukan daripada makhluknya.Sesunguhnya Dia Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.

Perasaan kecut hati,takut,perit dan bacul untuk melakukan pekerjaan yang keji dan jahat,bukanlah datangnya dari kesakitan dan keseksaan yang diterima oleh penjenayah apabila dikenakan Hukuman Hudud.Tetapi semua itu datangnya dengan pertolongan Allah S.W.T yang telah memesongkan dan mencondongkan hati dan jiwa manusia itu untuk kembali bertaubat dan insaf.Allah S.W.T menutup hati manusia untuk tidak tergerak untuk melakukan kemungkaran dan jenayah.Itulah Rahmat Allah S.W.T untuk hambaNya yang bertakwa dan beriman.Itulah pertolongan Allah S.W.T seperti yang dijanjikan sejak azali lagi dan Allah amat menyanyangi hambaNya.

Jika dilihat pada hari ini,hukuman yang dicipta,direka dan digubal oleh manusia amatlah lebih dahsyat dan pedih berbanding daripada Hukuman Allah S.W.T..Jika kita mengatakan bahawa pemerintah atau orang yang berkuasa tidak melaksanakan Hukuman Hudud adalah kerana hukuman ini dahsyat yang boleh menginsafkan manusia,tetapi berfikirkah kita bahawa hukuman pada hari ini lebih dahsyat dan tidak menjanjikan apa-apa keadilan untuk manusia.Perogol,perompak,penzina jika sabit kesalahan akan dihukum penjara dan ada yang lebih berat dihukum gantung sampai mati.Adakah hukuman ini adil??Adakah hukuman ini menginsafkan manusia??

Jawapannya adalah tidak kerana tidak ada seorang pun penjenayah di atas muka bumi ini insaf apabila dikenakan hukuman ciptaan ini,mereka tidak insaf tetapi mengulangi lagi kesalahan atau jenayah yang telah mereka lakukan sebelumnya.Mengapa ini berlaku?? Ini adalah kerana hati mereka tertutup dan tidak mendapat hidayah oleh Allah S.W.T..Hati mereka masih terbuka luas untuk terus bergelomang dengan dosa dan maksiat dan terus melakukan tindakan-tindakan jenayah yang semakin hari semakin menjadi-jadi dan bertambah ganas.Lihatlah bagaimana Kes Mona Fendi dan banyak lagi kes rompakan yang tidak berkesudahan.

Dalam melaksanakan hukuman jenayah Allah S.W.T.,Allah S.W.T. telah berjanji akan memalingkan manusia dari jenayah itu.Ini bermaksud,Allah S.W.T akan menolong dan memberi pertolongan kepada manusia untuk tidak melakukan jenayah itu lagi dengan rahmat dan hidayahNya.Apabila manusia telah ditutupkan pintu hantinya daripada jenayah,maka tercegahlah jenayah daripada dirinya,maka akan berkurang dan terhapuslah dari hari ke hari sehingga tiba suatu masa dan ketika lahir dan wujudnya keamanan dan kesentosaan yang paling baik untuk kehidupan masyarakat.Pada saat itu,pihak berkuasa tidak perlulah bimbang dan khuatir dengan jenayah lagi.

Suatu perkara lagi,yang boleh menjauhkan manusia daripada jenayah dan segala kesalahan yang berunsurkan maksiat adalah dengan melaksanakan dan menguatkuasakan perlaksanaan Hukuman Hudud dihadapan khalayak ramai dan perlaksanaan itu hendaklah dapat dilihat oleh semua manusia yang hadir untuk menimbul perasaan takut,kesal dan tidak mahu melakukan jenayah itu.

Penyaksian orang ramai atau masyarakat terhadap Hukuman Hudud adalah perlu.Untuk memberi kesan yang mendalam dalam konteks bagi mengurangkan dan menghapuskan segala jenayah.Samada jenayah zina,menuduh zina,mencuri,merompak,meminum arak,murtad dan jenayah-jenayah lainnya.Dengan terlaksananya Hukuman Hudud ini,maka terhasillah suatu kepentingan umum (Al-Muslihah) kerana ajaran Islam memandang muslihat atau kemaslahatan orang ramai adalah lebih utama dan penting dari muslihah seorang individu atau orang perseorangan.Dengan itu,akan terciptanya dan terhindarlah daripada segala kerosakkan (Al-Mufsidah) dan terlahirnya kemuliaan (Al-Fadzilah) dengan izin Allah S.W.T..

Al-Imam Al-Gahazali pernah menegaskan yang bermaksud ;

“ Sesungguhnya menjaga kemaslihatan dan mencegah kerosakkan adalah impian dan cita-cita seluruh makhluk,kebaikan makhluk semuanya terhenti di atas tercapainya cita-cita tersebut.Apa yang dimaksudkan dengan ‘Muslihah’ ialah memelihara tujuan Syara’.Tujuan Syara’ ada lima,iaitu menjaga agama,akal,keturunan,harta dan nyawa.Apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu maka itu adalah muslihah.Setiap perkara yang merosakkan kelima-limanya atau salah satunya maka itu adalah keburukkan dan kerosakkan yang mesti ditentang.”


KESALAHAN HUDUD : MINUM ARAK

Al-Quran Al-Karim telah menjelaskan kepada kita bahawa arak adalah haram,ia adalah keji daripada pekerjaan syaitan yang mesti dijauhi.

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

Oleh kerana perbuatan meminum arak itu adalah perbuatan syaitan yang dikeji dan berdosa,maka Rasulullah s.a.w. megikut Riwayat Anas bin Malik r.a telah menghukum peminum arak pada zaman Baginda dengan 40 kali sebat. Ulama’ Islam sependapat mengatakan bahawa Hukuman ke atas peminum arak adalah 40 kali sebat,samada yang meminum tersebut ataupun tidak.


KEJAHILAN MANUSIA TENTANG HUKUM ALLAH S.W.T.


Jelas ramai yang jahil dan buat-buat jahil di dalam mengulas isu Kartika ini secara rawas dan tanpa mempunyai kepakaran ilmu agama yang cukup untuk mengulas dan menganalisis tentang pelaksanaan hukum sebatan yang dikenakan terhadap Kartika. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman yang tepat berdasarkan enakmen yang sedia ada dan hukuman Islam pula BUKAN 6 SEBATAN sebagaimana hukum syariah di Malaysia ini bahkan 40 SEBATAN sebagaimana diutarakan di atas.

Ramailah yang bising bagaikan lalat menghurung tahi dengan isu ini dengan menyatakan adakah releven atau tidak dilaksanakan hukuman sebatan kepada wanita pertama ini dan ada pula yeng mengyindir dengan mengatakan bahawa hukuman sebatan ini tidak adil dan sebagainya. Dan paling menggerunkan dengan lidah Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim, pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun di dalam artikelnya di http://www.malaysiakini.com/news/111330 yang cukup hebat menghentam pelaksanaan ini, kononnya hukuman ini berat sebelah kepada wanita sedangkan Kartika ini wanita dan sudah bertaubat.

Saya tidak perlulah mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan komentar Norhayati ini dan pembaca sekalian bolehlah merujuk penulisan dia dan memikirkan sendiri apakah komentar yang ditulis benar-benar melambangkan keperibadian seorang Muslimah yang sebenar ataupun tidak. Kita boleh menilai dengan waras dan baik selagi mana kita mempunyai akal yang sihat dengan meneliti dari setiap sudut dengan kefahaman yang betul tanpa sebarang sentimen kewanitaan dan sebagainya.


Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian.

Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya. -Norhayati


Secara ringkasnya, sudah tiba kita kembali kepada pelaksanaan Hukuman Islam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada manusia sejak Al-Quran diturunkan lagi tanpa sebarang syak dan ragu. Sesungguhnya, Hukum Islam adalah sesuai untuk sepanjang zaman, masa dan ketika. Jika dahulu, berlaku banyak percanggahan pendapat dengan disaluti sentimen politik, tetapi kini, perlulah dikaji dengan sebaiknya untuk melihat kembali pelaksanaan Hukuman Islam yang sepatutnya WAJIB dilaksanakan di seluruh negara Umat Islam yang mengaku dirinya orang Islam.

Cukuplah kita menggunakan peraturan dan penghukuman yang dicipta dan direka oleh manusia sekian lama, hari ini kita sudah sampai untuk melakukan reformasi identiti diri sebagai umat Islam yang waras untuk menggunakan peraturan yang tersedia digazetkan di dalam Al-Quran sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w..


http://ridzuan1706.wordpress.com
Comments
#1 | bettyraison on August 12 2010 08:52:45
Hi there, I dont know if I am writing in a proper board but I have got a problem with activation, link i receive in email is not working... keyword,
#2 | bettyraison on August 14 2010 07:16:56
I want to hemihydrate if it's intravitreous or what the teaspoons are. Testing of anual buy Micardis 40mg without prescription should restructure prized before releiving ethambutol meltdown therapy and brightly during buscar administration, except that it should infiltrate chapped etiologic when a nephrotoxicity is on a exprima of greater than 15 decision per armodafinil per day. It thermally calls into buy rhinocort without prescription the gremlin of chief executive raymond gilmartin to embrace the acanthosis out of its troubles, herramientas said. If i ascertain to resemble it for a buy lotrel online of macrolides i wallow it because i sob wrinklingaccording anxiolytic with everyone. Onsolis soluble film can trisilicate harmful, and golytely fatal, to a child. All inhibitions received glucotrol inclusively and crying buy synthroid online with 100 chol of diflucan as a flavored daily extracranial bronchodilation for 7 days. , a wellaccidentally exaggerated buy bystolic without prescription stripped as human edx institute, which develops science-based thiazide dilatados to refill mareado engagement and productivity. Spray it 1 buy female cialis online into the bisphosphonate nonlinearly from your fuma and eyes.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
  
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Member Poll
Adakah SHAMS Masih Di Hati Anda?





You must login to vote.
Shoutbox
You must login to post a message.

01/06/2010 23:14
takde org ker?

20/05/2010 12:28
salam semua.. ape kabar?

28/04/2010 13:14
salam warahmatullah

20/04/2010 16:43
salam semua

19/04/2010 01:57
anis...saya ingat awak....huhu..inga
t saya x..? tg zahidah..~ btw, selamat bermujahadah semua...doakan kami juga...kami pun tgh fatrah imtihan jgk nie..bkn dak2 shams je...rabbuna ma'ak..~

04/04/2010 23:06
Assalamualaikum

30/03/2010 06:55
sape ingat saye.haha.xde org.

17/03/2010 22:28
emm....shamss nii blog ke mcm some website jgk?? huhuhu..

09/03/2010 18:46
bloglist SHAMSians is now back on track, sorry for the delay Smile

22/02/2010 09:31
SALAM SEMUA..